Friday, 8 November 2013

Kenali Web 3.0

Web ini dijangka akan berkembang pada tahun 2010 – 2020. Pada saat ini, ia dikatakan masih berada dalam tahap pembangunan. Web 3.0 dikatakan masih lagi mengandungi ciri – ciri  yang terdapat didalam platform Web 2.0. 

Cuma ianya akan diubah suai supaya aplikasinya lebih canggih dan maju. Sesetengah pakar internet juga percaya bahawa Web 3.0 akan memberi tumpuan terutamanya kepada meningkatkan fungsi dan kebolehgunaan enjin carian secara dramatik.

Contohnya, Web 3.0 akan dapat membantu kita membuat tugasan seperti mencari filem yang ingin kita tonton dan juga makanan yang ingin kita makan dengan cepat dan mudah. Pada masa itu, kita hanya mungkin perlu menaip seperti “Saya mahu melihat sebuah filem lucu dan kemudian makan di sebuah restoran. Apakah pilihan saya yang ada?"

Pada masa itu, penggunaan aplikasi Web 3.0 mungkin akan menganalisis tindak balas yang sepatutnya dengan mencari di Internet untuk semua jawapan yang mungkin dan kemudian mencadangkan keputusan untuk pengguna.

Pakar internet juga percaya bahawa platform Web 3.0 bertindak seperti pembantu peribadi. Walau bagaimanapun, peralihan ini mungkin mengambil masa. Hal ini kerana, peralihan Web 1.0 kepada Web 2.0 mengambil masa kira – kira  sepuluh tahun. Mungkin peralihan yang berlaku daripada Web 2.0 kepada Web 3.0 pun mengambil jangka masa yang sama atau lebih dari itu.

Menurut PC magazine ciri – ciri  web 3.0 adalah :

  • Semantic Web (web dengan kemampuan membaca laman semudah manusia membacanya sehingga maklumat boleh disajikan dengan cepat dan tepat)
  • The 3D Web (web dengan kemampuan visual 3D dan interaksi secara realtime)
  • The Media - Centric Web (Photo, audio, dan video akan menjadi cara lain untuk mencari maklumat yang kita inginkan selain keyword)
  • The Pervasive Web (Web yang mudah dicari dengan pelbagai cara dan alatan yang berbeza pada bila – bila dan di mana sahaja)

No comments:

Post a Comment