Friday, 8 November 2013

Kenali Web 1.0

Web 1.0 merupakan teknologi awal dari website. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat, manakala pengguna pula hanya sebagai pembaca seperti membaca akhbar melalui komputer. Aktiviti web 1.0 ini hanya akan membuat pencarian sahaja. Bahasa yang digunakan pada web ini adalah  penggunaan bahasa asas HTML.




                                               Contoh Web 1.0

Apabila pengguna membuka mana – mana laman website, website berkenaan akan memaparkan isi maklumat kepada pengguna. Web 1.0 ini hanya menyediakan maklumat untuk pengguna membacanya sahaja dan memilih sama ada untuk klik ke link lain atau membeli apa yang dipromosikan. 

Setelah selesai sahaja pengguna membaca maklumat berkenaan, pengguna akan terus menutup browser laman tersebut.

Secara ringkasnya, Web 1.0 dapat disimpulkan seperti :

Pengguna --> melayari website --> baca / lihat --> tinggalkan / tutup website

Maka melalui Web 1.0, kita sebagai pengguna hanya dapat melihat, membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer.

Ciri-ciri Web 1.0 :
  • Menggunakan asas HTML (HyperText Markup Language) untuk menerbitkan kandungan maklumat di internet
  • Merupakan laman web yang statik
  • Mempunyai kandungan yang hanya boleh dibaca
  • Maklumat perhubungan yang disediakan adalah seperti e-mel, faks, nombor telefon dan alamat
  • Mereka menggunakan framesets.
        Contoh Frameset yang digunakan sebagai format membina website

  • Hanya boleh difahami oleh manusia (pembaca web) dan tidak mempunyai kandungan mesin yang serasi

No comments:

Post a Comment