Web
adalah sebutan bagi sekelompok halaman web – web page, atau
mana – mana sahaja laman internet yang sering kita buka. Ia secara umumnya merupakan bahagian dari
suatu nama domain ( domain name )
atau subdomain di Word Wide Web ( WWW) di Internet.
Domain Name --> http://mail.google.com
Sebuah
laman web biasanya akan kelihatan seperti sebuah dokumen yang ditulis dalam
format HTML (Hyper Text Markup Language), yang dirangkaikan melalui HTTP, iaitu
sebuah protokol yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dari server website
untuk dipaparkan kepada pelanggan melalui pelayar web.
Semua
penerbitan dari website tersebut dapat membentuk sebuah rangkaian maklumat yang
sangat besar.
Laman
- laman dari website boleh dirangkaikan melalui sebuah URL yang biasanya
disebut sebagai Homepage, atau kebanyakan dari kita mudah mengenalinya dengan
alamat internet.
Contoh URL :
URL
ini berfungsi mengatur kesemua halaman internet untuk menjadikannya sebagai
sebuah hirarki, walaupun, hyperlink - hyperlink yang ada di halaman tersebut
mengatur para pembaca dan memberitahu mereka sususan
keseluruhan serta bagaimana arus maklumat ini menjalankan prosesnya.
Beberapa
website memerlukan langganan (data masukan) agar para pengguna boleh mencapai
sebahagian atau keseluruhan isi website tersebut.
Contoh Laman Web
a) laman
perniagaan
b) laman
e-mel
c) laman
maklumat dan banyak lagi
Kebanyakan
dari kita sebenarnya tahu berkenaan dengan web, tahu guna dan apa dia. Tetapi
adakah kita tahu web itu terbahagi kepada 3 bahagian? Ia…web sebenarnya
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
a) Web
1.0
b) Web
2.0
c) Web
3.0
Berkemungkinan
besar, web akan mula berkembang sehingga web 9.0 atau lebih.
No comments:
Post a Comment