Friday, 8 November 2013

Perbezaan Antara Web 1.0, 2.0 dan 3.0

Dibawah ini adalah merupakan 3 jenis web yang berbeza mengikut kepada ciri – ciri yang terpilih… 


Kenali Web 3.0

Web ini dijangka akan berkembang pada tahun 2010 – 2020. Pada saat ini, ia dikatakan masih berada dalam tahap pembangunan. Web 3.0 dikatakan masih lagi mengandungi ciri – ciri  yang terdapat didalam platform Web 2.0. 

Cuma ianya akan diubah suai supaya aplikasinya lebih canggih dan maju. Sesetengah pakar internet juga percaya bahawa Web 3.0 akan memberi tumpuan terutamanya kepada meningkatkan fungsi dan kebolehgunaan enjin carian secara dramatik.

Contohnya, Web 3.0 akan dapat membantu kita membuat tugasan seperti mencari filem yang ingin kita tonton dan juga makanan yang ingin kita makan dengan cepat dan mudah. Pada masa itu, kita hanya mungkin perlu menaip seperti “Saya mahu melihat sebuah filem lucu dan kemudian makan di sebuah restoran. Apakah pilihan saya yang ada?"

Pada masa itu, penggunaan aplikasi Web 3.0 mungkin akan menganalisis tindak balas yang sepatutnya dengan mencari di Internet untuk semua jawapan yang mungkin dan kemudian mencadangkan keputusan untuk pengguna.

Pakar internet juga percaya bahawa platform Web 3.0 bertindak seperti pembantu peribadi. Walau bagaimanapun, peralihan ini mungkin mengambil masa. Hal ini kerana, peralihan Web 1.0 kepada Web 2.0 mengambil masa kira – kira  sepuluh tahun. Mungkin peralihan yang berlaku daripada Web 2.0 kepada Web 3.0 pun mengambil jangka masa yang sama atau lebih dari itu.

Menurut PC magazine ciri – ciri  web 3.0 adalah :

  • Semantic Web (web dengan kemampuan membaca laman semudah manusia membacanya sehingga maklumat boleh disajikan dengan cepat dan tepat)
  • The 3D Web (web dengan kemampuan visual 3D dan interaksi secara realtime)
  • The Media - Centric Web (Photo, audio, dan video akan menjadi cara lain untuk mencari maklumat yang kita inginkan selain keyword)
  • The Pervasive Web (Web yang mudah dicari dengan pelbagai cara dan alatan yang berbeza pada bila – bila dan di mana sahaja)

Kenali Web 2.0

Web 2.0 muncul sekitar tahun 2003 atau 2004, dimana para pengguna website dapat berkomunikasi diantara 2 hala dan memiliki berbagai kelebihan lainnya. 

Di dalam Web 2.0, kreativiti, komunikasi dan  rangkaian dalam kalangan pengguna internet adalah amat digalakkan. Ia merupakan rangkaian yang bertulis dan membaca. Malah, pengguna internet akan dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Kelebihan & Ciri - ciri Web 2.0 :

  •      The Web as Platform (menjalankan sesuatu aplikasi / tulisan dapat dilakukan secara langsung di media internet tanpa perlu mengerjakannya terlebih dahulu di windows desktop)
  •     Harnessing Collective Intelligence (mempunyai prestasi untuk memanfaatkan tulisan orang lain untuk mengisi kandungan web secara kolektif (tidak hanya kepada webmaster yang hanya boleh mengisi kandungannya sendiri), contohnya seperti youtube)
  •     Data is the Next Intel Inside (merupakan suatu jaminan kepercayaan dari para pemberi data kepada pemilik website bahawa pada era web 2.0, data sangat penting dan perlu di update setiap masa)
  •     End of the Software Release Cycle (aplikasi software dapat digunakan terus melalui internet / internet menjadi platform untuk menjalankan program)
  •     Lightweight Programming Models (menggunakan bahasa yang ringan dan menyokong pengembangan program – XML (Extensible Markup Language – menjadikan laman lebih mesra pengguna))
  •     Ia menggunakan SOA (Service Oriented Architecture ).


Contoh SOA :  

a)     RSS feeds - perkhidmatan web yang mentakrifkan bagaimana      aplikasi web 2.0 mendedahkan fungsi


b)  semua yang berkaitan tentang laman web sosial.



Contohnya :  blog,  podcast,  wiki,  facebook
 


Web 2.0 merupakan sebuah web yang terbuka kepada semua. Sebagai contoh, penggunaan BLOG yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Melalui blog, sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan memulakan blog mereka. Malah, ia mampu memberi pendapat atau membuang pendapat sendiri atau orang lain.


Konsep Web 2.0 

a) Rich Internet Application(RIA)
                -   Ia mentakrifkan pengalaman yang dibawa dari desktop untuk pelayar.

b) Service Oriented Architecture(SOA)
                -   Mentakrifkan bagaimana web 2.0 aplikasi mendedahkan fungsi supaya 
                   aplikasi lain boleh mengintegrasikan fungsi dan menghasilkan satu set 
                   aplikasi lebih banyak (feeds, RSS,)

c) Social Web
                -   Ia mentakrifkan bagaimana web 2.0 cenderung untuk berinteraksi lebih 
                   dengan pengguna akhir dan membuat pengguna akhir merupakan 
                   sebahagian.


Cara Web 1.0 dan Web 2.0 bekerja

a) Web 1.0
-             - tertumpu kepada syarikat 
               -  kandungan yang tersendiri
               -  berita yang dijumpai
               -  laman yang statik / tetap
               -  laman yang tidak interaktif

b) Web 2.0
               -  tumpuan kepada komuniti
               -  kandungan berkongsi
               -  berita mencari anda


Contoh lain untuk Web 1.0 dan 2.0

Web 1.0 – shopping carts, mp3.com
Web 2.0 – blog / wikis, social network, yahoo & youtube


Ciri-ciri web 3.0

      a)      ubiquitous – boleh didapati pada bila-bila masa, dimana sahaja dan 
                                  melalui mana-mana peranti
      b)      individual – ditapis dan dikongsi oleh rakan-rakan atau rangkaian
      c)       cekap – berkaitan dan konteks, maklumat dapat dicari dan serta-merta


Contoh web 3.0

-   fb app
      -     online coupons
      -     voice search


Perbezaan antara Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0


WEB 1.0
WEB 2.0
WEB 3.0
The web
The social web
The semantic web
Read only web
Read and write web
Read, write and execute web
Information sharing
Interaction
Immersion
Connect information
Connect people
Connect knowledge
All about static content, one way publishing (one way communication)
More about two way communication through social networking, blogging, tagging and wikis.
Curiously undefined.
Example : Personal web sites
Example : Blogs, Facebook
Example : Semantic blog (semiblog, haystack)

Kenali Web 1.0

Web 1.0 merupakan teknologi awal dari website. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat, manakala pengguna pula hanya sebagai pembaca seperti membaca akhbar melalui komputer. Aktiviti web 1.0 ini hanya akan membuat pencarian sahaja. Bahasa yang digunakan pada web ini adalah  penggunaan bahasa asas HTML.




                                               Contoh Web 1.0

Apabila pengguna membuka mana – mana laman website, website berkenaan akan memaparkan isi maklumat kepada pengguna. Web 1.0 ini hanya menyediakan maklumat untuk pengguna membacanya sahaja dan memilih sama ada untuk klik ke link lain atau membeli apa yang dipromosikan. 

Setelah selesai sahaja pengguna membaca maklumat berkenaan, pengguna akan terus menutup browser laman tersebut.

Secara ringkasnya, Web 1.0 dapat disimpulkan seperti :

Pengguna --> melayari website --> baca / lihat --> tinggalkan / tutup website

Maka melalui Web 1.0, kita sebagai pengguna hanya dapat melihat, membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer.

Ciri-ciri Web 1.0 :
  • Menggunakan asas HTML (HyperText Markup Language) untuk menerbitkan kandungan maklumat di internet
  • Merupakan laman web yang statik
  • Mempunyai kandungan yang hanya boleh dibaca
  • Maklumat perhubungan yang disediakan adalah seperti e-mel, faks, nombor telefon dan alamat
  • Mereka menggunakan framesets.
        Contoh Frameset yang digunakan sebagai format membina website

  • Hanya boleh difahami oleh manusia (pembaca web) dan tidak mempunyai kandungan mesin yang serasi

Apa Itu Web?

Web adalah sebutan bagi sekelompok halaman web – web page, atau mana – mana sahaja laman internet yang sering kita buka. Ia secara  umumnya merupakan bahagian dari suatu nama domain ( domain name ) atau subdomain di Word Wide Web ( WWW) di Internet.


                            Domain Name --> http://mail.google.com


Sebuah laman web biasanya akan kelihatan seperti sebuah dokumen yang ditulis dalam format HTML (Hyper Text Markup Language), yang dirangkaikan melalui HTTP, iaitu sebuah protokol yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat dari server website untuk dipaparkan kepada pelanggan melalui pelayar web.

Semua penerbitan dari website tersebut dapat membentuk sebuah rangkaian maklumat yang sangat besar.

Laman - laman dari website boleh dirangkaikan melalui sebuah URL yang biasanya disebut sebagai Homepage, atau kebanyakan dari kita mudah mengenalinya dengan alamat internet.

Contoh URL :


URL ini berfungsi mengatur kesemua halaman internet untuk menjadikannya sebagai sebuah hirarki, walaupun, hyperlink - hyperlink yang ada di halaman tersebut mengatur  para pembaca dan memberitahu mereka sususan  keseluruhan serta bagaimana arus maklumat ini menjalankan prosesnya.

Beberapa website memerlukan langganan (data masukan) agar para pengguna boleh mencapai sebahagian atau  keseluruhan  isi website tersebut.

Contoh  Laman Web
        a)     laman perniagaan
        b)    laman e-mel
        c)     laman maklumat dan banyak lagi

Kebanyakan dari kita sebenarnya tahu berkenaan dengan web, tahu guna dan apa dia. Tetapi adakah kita tahu web itu terbahagi kepada 3 bahagian? Ia…web sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
              a)     Web 1.0
              b)    Web 2.0
              c)     Web 3.0


Berkemungkinan besar, web akan mula berkembang sehingga web 9.0 atau lebih.