Tuesday, 15 October 2013

Kelebihan & contoh SAAS

Setelah kita ketahui apa itu SAAS, jom kita tengok pula kepada kelebihan dan contoh - contoh yang ada pada SAAS..


Diantara kelebihan yang SAAS ada adalah seperti :
  • Pentadbiran dan pemantauan sangat mudah
  • Pengurusan dan kemaskinian secara automatik
  • Keserasian : kesemua pengguna menggunakan perisian yang sama
  • Mudah bekerjasama kerana penggunaan perisian yang sama
  • Mempunyai hubungkait dengan global / akses
  • Bersifat fleksibel didalam penambahan kapasiti
  • Memudahkan pengguna mengakses dimana sahaja
  • Emel (gmail, yahoo, hotmail) dan banyak lagi jenis emel yang ada
  • Rangkaian sosial (facebook, myspace, twitter)
  • Mesej segera (skype, yahoo messenger, gTalk)


Diantara contoh - contohnya pula seperti : 
Selain daripada itu, contoh – contoh lainnya seperti eBay, bubble, flicks dan banyak lagi.

Pengertian SAAS - Software As a Service

      SAAS atau dengan nama penuhnya dikenali sebagai “software as a service” adalah merupakan suatu model pengedaran perisian dimana aplikasinya adalah dihoskan oleh penjual atau pembekal perkhidmatan. SAAS ini disediakan untuk pelanggan melalui keseluruhan rangkaian, terutamanya dalam penyediaan melalui internet.
     SAAS datang secara meluas dalam bentuk model penyampaian sebagai teknologi yang menyokong perkhidmatan web dan senibina yang berorientasikan perkhidmatan atau dengan nama lainnya ‘Service-oriented Architecture’ (SOA) seperti Ajax yang semakin popular.
        SAAS membenarkan organisasi untuk menghubungkan fungsi kos berjenis perniagaan yang bayarannya adalah kurang untuk aplikasi lesen sejak harga SAAS bergantung kepada bayaran bulanan. Disebabkan oleh perisian yang dihoskan berada pada jarak yang jauh, pengguna tidak perlu membeli peralatan tambahan untuk membolehkan penggunaanya. Malah pengguna hanya boleh menggunakan apa sahaja, dimana sahaja dia berada dengan adanya jaringan internet.
        SAAS  tidak memerlukan sebarang organisasi untuk mengendalikan sesebuah pemasangan, set-up dan pengendalian serta penjagaan harian. Tetapi ia boleh dirujuk sebagai aplikasi yang mudah. SAAS adalah merupakan salah satu model pelayan berjenis ‘Cloud’ di sekitar jaringan internet selain daripada IAAS(Infrastucture As A Services) dan PAAS(Platform As A Services).
        SAAS dikatakan sangat berkait rapat dengan ASP iaitu ‘Application Service Provider’ dan mempunyai ‘on-demand’ yang mudah untuk mengawal, bersifat dinamik dan skalanya tidak terhad. Pengguna yang menggunakan aplikasi SAAS ini tidak perlu mengelola infrastuktur dan platform yang sedang beroperasi. Malah ia akan memproses dengan sendirinya apabila seseorang pengguna sedang menggunakannya.
     Dengan kata yang lebih ringkas, SAAS ini adalah merupakan suatu perisian yang disediakan secara langsung kepada pengguna tanpa perlu men-download perisian tersebut di dalam laptop, smartphone atau perkakasan yang lain. Tetapi ia hanya perlu mendaftarkan diri atau tidak didalam perisian tersebut dan boleh terus menggunakannya tanpa sebarang had yang ditetapkan. Salah satu contoh SAAS adalah seperti emel yahoo. Disitu kita dapat lihat bahawa segala maklumat yang kita hantar dan terima, tidak membebankan simpanan hardisk laptop. Bahkan segala maklumat itu selamat disimpan didalam ‘cloud’, rangkaian awan. Inilah yang dikatakan dimana sahaja pengguna berada, dia mampu mendapatkan maklumatnya semula tanpa perlu membawa laptop, pendrive, external hardisk atau perkakasan yang lain untuk menggunakannya semula…